This blog can be switch to another language

Wednesday, October 21, 2009

Batu Gunug Berapi

PENGENALAN

Aktiviti gunung berapi selalunya membentuk batuan igneus (andesit, gabro dan lain-lain). Walau bagaimanapun, sesetengah aktiviti gunung berapi jenis letupan dan letusan akan menyebabkan terkeluar nya bahan dari dalam (dan dinding ) gunung berapi. Bahan yang terkeluar ini akan terpancut ke udara, dan akhirnya jatuh semula ke permukaan bumi. Saiz yang besar akan jatuh dengan cepat dan berdekatan dengan gunung berapi tersebut, manakala saiz yang halus mungkin terapung di udara untuk beberapa ketika sebelum jatuh semula ke permukaan bumi. Saiz yang halus ini boleh dibawa oleh angin ada medium lain (air) ke kawasan yang sangat jauh.

Bahan yang terkeluar daripada gunung berapi dengan cara ini dikenali sebagai sedimen gunung berapi atau bahan volkanoklastik.

Batuan volkaniklastik boleh terbentuk dengan dua cara;

  • Hakisan batuan volkanik yang sedia ada sebelumnya, dan terendap semula.
  • Berasal terus daripada letusan gunung berapi. Sedimen yang terendap semula ke permulaan bumi ini akan melalui proses pemendapan seperti sedimen klastik lain. Batuan yang terbentuk daripada sedimen gunung berapi ini dikenali sebagai batuan piroklastik.

Dalam kebanyakan kes, agak sukar untuk membezakan antara kedua-dua jenis volkaniklastik ini. Walau bagaimanapun, mineral yang tidak stabi banyak dibemui dalam batuan piroklastik

Aktiviti gunung berapi juga boleh berlaku di dasar laut (dalam air), dan sedimen volkano klastik yang terhasil akibat aktiviti gunung berapi ini mengalami proses pengendapan seperti lain-lain sedimen yang mendap di dasar laut. Jenis sedimen, saiz sedimen dan struktur sedimen boleh sama, cuma proses pembentukan atau punca asalan sedimen sahaja yang berbeza.

PENGELASAN

Batuan gunung berapi secara umumnya di kelaskan berdasarkan kepada saiz butiran (seperti batuan terrigenous lain).


SAIZ BUTIRAN
BUTIRAN
VOLKANOKLASTIK
SEDIMEN
VOLKANOKLASTIK

>64mm

Bombs - ejected fluid

Blok - ejected solid

agglomerat

volcanik breksia

2mm - 64mm

Lapilli Batu lapilli (lapillistone)

0.06mm - 2mm

Debu (Ash) Tuf

<0.06mm

Dush Tuf

No comments:

Post a Comment